Saturday, May 21, 2005

Hujan Semalam ...



Malam tadi hujan bertandang lagii ..
Malam kini menjadi semakin suram ..
Hanya bertemankan kedinginan ..
Tiada kedengaran suara cengkerik ..
Hanya suara-suara katak sedang beryanyi ..
Nadanya bergema tanpa irama ..
Petir sabung menyabung ..
Guruh bergempita memberitahukan sesuatu ..
Itulah rahmat dari Yang Maha Kuasa ..

Tuesday, May 17, 2005

Gelora Hati

Bukan niat dihati hendak menyakiti hati sesiapa.Malah hendak merampas dari sesiapa.Aku juga punya hati dan perasaan.So disini aku boleh rasakan apabila hak kita dirampas.Jangan mengangap aku merampas hak orang lain sedangkan niat aku bukan sebegitu..Aku tidak mahu kerana diriku orang lain yang merana.Aku hanya insan yang lemah.Kalau benar-benar ia berlaku,Itu semua diluar kawalan diriku.Tampilkan diri dan bersemuka dengan ku.Aku rela mengundurkan diri tanpa seribu pertanyaan..
Buat apa kita mendirikan kebahgiaan diatas air mata orang lain..Aku sedar siapa diriku.Aku hanya menumpang kasihsayang dan bermanjamesra..Kasih sayang yang aku hulurkan adalah ikhlas dari hati ku sendiri..Aku tidak penah terlalu mengharap diluar kemampuan diriku.Setiap orang dapat merasakan kasih sayang yang diterima..

Hatiku mudah tersentuh..
Lantaran perkhabaran..
Nescaya aku perlu tabah..
Tapi aku tidak sekuat batu..
Antara hujan dan panas..
Perasaanku gelora..
Bagai mengetip bibir..
Menahan gelojak jiwa..
Dalam mencari penawar..

Monday, May 16, 2005

SMS tadi ....

Khamis lepas aku dalam dilema dimana memikirkan budget ku lari...
Entah macam mana aku telah menghantar sms dekat Xbf aku..
Tiba-tiba aku teringatkan akan dia..
Sms berbunyi seperti berikut..

Hari Khamis

Aku :Lama xdengar ceta? Sihat? Blh pinjam duit..
Xbf :Abg ader kat Medan ni.. Nas nak pinjam berapa?
Ari tu naper tak reply Sms abg?
Aku :Maaf ari 2 tiada kredit. Nas betui-betui kering ni.
Tak kisah berapapon janji abg bagi..
Xbf :Tp kena tggu abg balik la.Skrg x lei kasi la..
sbb kat medan.Jaga diri..ok!Sume sihat?Bf?
Aku :Oklah kalau abg ckp cam 2.Isnin pon isnin lah janji abg bagi k..


Hari Sabtu

Aku :Abg ni no acount RHB BANK123456789012 Nas dah takdak kredit dah.
klu abg dah masuk sms jer k.
Xbf :Tiada jawapan...


Hari Isnin

Seawal 7 am hp aku berbunyi...

Xbf :Nas abg nak masukkan duit ni.. nama penuh Nas Mohd ka?
Aku :Mohd ________.
Xbf : kenapa kat sini naik Mohd Jer?
Aku :Mana Nas tahu?
Xbf :Nas bg no acount betui ka?
Aku :Betui la..
Xbf :Oklah klu cam 2?

Tiba-tiba talian terputus..........
Lima belas minit kemudian Sms aku terima...

Xbf :Abg masuk RM50 ja.. Xkira pinjam lah.Itu utk Nas.
Klu apa2 just sms la.Take care. Abg kt Shah Alam ni..Bai..

Walaupun hubungan kami tamat dua tahun yang lalu namun kami tetap
menjadi kawan baik..Mgkin dia tolong aku kali ini disebab aku penah menolong dia semasa dia dalam kesusahan tempoh hari..Antara kami tiada dendam malah kami menghormati antara satu sama lain,Walaupun masing-masing mempunyai Teman special …

Friday, May 13, 2005

RAhSia AlaM

Bila bunga-bunga berguguran.
Serinya hilang tanpa haruman.
Rendangnya tiada berbuah.
Dedauanan kekeringan bertaburan.
Angin sepi menyampai salam.


Dari kejauhan panorama terbentang.
Tidak tersingkap rahsia alam.
Hamparan bumi terbentang luas.
Payungan langit tersergam indah.
Mentari dengan cahayanya.


Hembusan bayu selembut sutera.
Ombak-ombak bagaikan berkejaran.
Awan yang biru berarak tenang.
Burung-burung bernyanyi riang.
Keajaiban alam memang sukar tersingkap.

Kasihku Bersemi



Seawal pagi tadi hujan turun dengan lebat sekali dengan disulami kilat sabung menyambung memecah kegelapan pagi yang dingin.Tidoku dikejutkan oleh kesejukkan dan kegersangan bila diulit kedinginan.Jam menunjukkan pukul 4.30am.Aku mula teringatkan Sidia walaupun semalam aku baru jumpa dengan dia.Namun kerinduan itu mendahului dari segala-galanya.Aku hanya mampu mengingatkan saat-saat ketika kami di Pulau Jerejak dua minggu yang lalu..
Tanpa diduga..
Tanpa Disedari..
Tanpa dirancang..
Kami mula menjadi rapat.Mungkin kerna aku tiada mengenali ramai kengkawan masa itu. So kami banyak menghabiskan masa bersama-sama sepanjang berada di Pulau Jerejak.
Sejak hari itu hubungan kami menjadi lebih erat lagi. Lagu Bertahta Di Hati begitu bermakna buat kami berdua.

BERTAKHTA DI HATI

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat lihat
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta di hati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan
terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Kini kami berdua dalam fasal pertama.
Mengenali antara satu sama lain.
Berbicara dari hati kehati.
Kenangan lalu sebagai pedoman.
Dan....

Wednesday, May 11, 2005

tENTANg hIDUp

Saat ku melangkah kaki tiada kedengaran suara yang memanggil namaku.Tertusuknya rindu bagaikan membara.Tiada sesiapa yang tahu betapa peritnya ku rasa.Gementar dalam keresahan.Mengigil seluruh tubuh bagai kepucatan dalam kelesuan.Aku bagaikan diawangan tanpa imbangan.Semakin lama semakin berdebar-debar aku rasakan.Aku sendiri tiada tahu apa yang terjadi pada diriku sendiri.Yang aku tahu perasaan aku membuak-buak secara tiba-tiba.Aku seperti lelayang bila ditiup angin.Nafas kencang sampai ketahap tertinggi.Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenarku.Semakin aku cuba semakin naik turun saluran pernafasanku.Wajahku yang kelesuan tadi bertukar menjadi kemerahan.Apakah petandanya??
Hari ini dari pagi hingga kesaat aku update blog, kelopak mata kanan aku tidak berhenti-henti bergerak-gerak.Adakah petanda sesuatu perkara buruk akan berlaku??
Entahlah.. Aku hanya berserah dan bertawakal pada Yang Esa.Sebagai insan biasa, kita semua tidak akan terlepas dari segala dugaan ataupon rintangan...
Kini aku lebih selesa menyendiri dari menaruh harapan yang terlalu tinggi kerna takut tidak tercapai oleh tangan aku sendiri.Aku tahu dimana kemampuan diriku sendiri.So aku tidak harus terlalu kehadapan tapi harus selari dengan perjalan masa agar aku tidak hanyut dengan bebayangan aku sendiri.Itulah pegangan yang harus aku gariskan dalam meniti titian dalam menempuh hari-hari mendatang.Aku tidak seperti insan-insan yang lain yang cukup dengan pakej.Aku terdapat banyak kekurangan dalam diri aku.So aku tidak sebaik sepertimana insan lain.Seringkali mata memandang kearah diri aku,Aku kelihatan keriangan namun tiada siapa yang tahu sebenarnya kepahitan yang aku rasa.Aku tidak suka menyusahkan orang lain demi kepahitan yang Aku rasa.Biar di cengkam kegelisahan asalkan tiada yang rasai apa yang aku alaminya.
Percayalah setiap persahabatan yang terjalin sememangnya aku ikhlas dalam menyahutnya.Bagi aku,kawan biar ramai dan musuh jangan dicari.Kasih biarlah satu dalam menempuh saat-saat bersama.
WASALAM

Sunday, May 08, 2005

Pedih ...


Senja nan merah melabuhkan tirai dengan juraian silauan seribu cahaya mengambarkan putaran kehidupan tanpa henti..Selagi langit memayungi bumi selagi itu tiada nokhtah buat kita semua.Tanpa sebuah bahtera yang kukuh kita semua akan hanyut dan karam dilautan sepi nan kegersangan.
Dari cacian dan tohmahan aku terima sebagai angkara kata ungkapan dusta.Hatiku berendam hiba dalam meniti titian usang yang hampir reput dalam menanti hari-hari untuk rebah kebumi.Bayangan kelabu Sepi seorang pengemis ungkapan makna sebuah tuduhan.Sesaknya nafasku dengan kata-kata fitnah yang dilemparkan dalam kata-kata bersulamkan dusta.
Tiada makna bersuara sedangkan tuduhan tetap buat diriku.Kesan parut masih terasa dalam luka sukar untuk disembuhkan.Ku mencari penawar dalam menguatkan kekuatan diri sebagai pendinding dihari muka.Cabaran penuh liku lazimnya kan berlalu.Buang segala prangsanka yang datang tanpa rela.

Saturday, May 07, 2005

Mei Merubah segalanya

Kini Blog aku berubah wajah dan bertukar warna selari dengan tuntutan masa yang semakin mencabar dalam menitiarus kehidupan.Sebagai manusia yang kerdil aku hanya mampu berserah pada ketentuanNya.Tiada bahasa seindah kata-kata yang dapat aku coretkan melainkan kata-kata hati yang sentiasa dibelenggu oleh karenah-karenah sebuah kehidupan.
Mana mungkin aku tunduk pada itu semua.Takkan aku hendak membiarkan diriku dikuasai oleh orang lain melainkan diriku sendiri.Takkan aku terus hidup dengan bebayangan sendiri yang takut pada cabaran dan halangan.Mana bisa orang lain mengatur langkah-langkah untuk diriku dalam perjalanan menuju kesesuatu destinasi.
AHHH!!!! Itu semua sudah berlalu buat diriku kini.Yang pasti aku harus merencanakan diari kehidupanku pada masa hadapan dengan baik dan teratur tanpa was-was.
05/05/05 adalah satu angka sungguh bermakna buat diriku.Ia bukan sebarang angka namun penuh dengan kasih dan sayang.Tiada kata-kata dapat disimpulkan melainkan warna-warna pelangi menjadi saksinya.Kesuraman malam kini disinari bintang hati yang berkedipan disanubari.Bunga- bunga cinta kini berkembangan Ditaman Astakona.

RIWAYAT CINTA

Kau mengancam kebahagiaanku
Yang kita bina bersama
Waktu dahulu cinta hangat membakar

Kau tinggal diri ini
Dalam pelukan malam
Yang tak bermaya
Beginikah akhirnya


Kekasih...biar
Ku telan pahit bagaikan hempedu
Kerana cinta
Segar mewanginya ho... ho... cintamu

Kekasih... bila
Ku luah manis bagaikan bermadu
Riwayat cinta akan bersinar
Untuk selamanya

Kau yang bersama dalam hati
Beginikah akhirnya
Walau badai datang melanda
Akan ku teruskan pelayaran
Cintaku...